Tips homestay berjaya 25 : Check In Awal //Check Out Lewat!

Tips homestay berjaya 25
Check In Awal //Check Out Lewat!
The customer is always right. Agak-agak boleh ke tidak kita guna 'quote' ini untuk perkara Check In Awal atau Check Out lewat atau kedua-duanya sekali.
Kebiasaan pepatah ini sinonim dengan rungutan atau sebarang cadangan daripada pelangan. Lebih kepada kepuasan pelanggan.
Tetapi dalam konteks ini, kadang-kadang pelanggan itu sendiri mohon untuk check in awal atau check out lewat disebabkan dengan alasan tertentu. Sebagai contoh, check in sebelum waktu zohor kerana ingin membuat persiapan atau berdandan. Lepas zohor nanti majlis akad nikah.
Mungkin juga, malam tadi 'over night travel'. Pagi sudah tiba ke destinasi. Badan keletihan dan mengantuk.
Begitu juga dengan check out, ingin keluar selepas zohor. Mudah katanya terutama jika menghadiri majlis perkahwinan. Atau keluar agak lewat, menjangkau lewat petang disebabkan menunggu jadual penerbangan, bas atau kereta api.
Namun begitu, semuanya terpulang kepada kita untuk membuat keputusan!
Berdasarkan maklumat yang JBH perolehi, pengusaha-pengusaha menggenakan caj bagi perkara ini terutama jika tempoh terlalu lama, contohnya melebihi 2 jam.
Persoalannya...
Berapakah kadar yang sesuai perlu dikenakan/dicaj?
Jika waktu check in adalah jam 2.00 petang dan check out 12.00 tengah hari, tempoh mengginap tetamu adalah 22 jam.
Jika kadar sewa semalam adalah RM 150.00, secara puratanya sejam adalah RM 6.80 ( RM 150/22)
Ini adalah penggiraan yang paling mudah untuk mengetahui kadar sejam.
Walau pun begitu ianya bergantung kepada budi bicara anda sebagai pengusaha.Kadar yang sesuai untuk di jadikan panduan boleh bermula dari RM5 hingga RM15.
Faktor-faktor tertentu mesti di ambil kira seperti kemudahan penghawa dingin atau kelengkapan yang lain.
Atau mungkin anda tidak perlu menggenakan caj langsung. Kenapa? Mungkin pelanggan tersebut check in lewat. Secara kebetulannya pada hari check out tiada pelanggan baru untuk masuk.
Jika ada pun, mungkin anda berjaya 'nego' supaya pelanggan baru anda check in lewat sedikit.
Apa-apa pun ianya terpulang kepada anda! Negotiation skill mesti power.
Berdasarkan pengalaman JBH, jika tidak membenarkan check out lambat dengan percuma, biasanya gagal untuk mendapatkan tempahan tersebut.
"Let us never negotiate out of fear. But let us never fear to negotiate, John F.Keneddy"
Semoga bermanfaat.

Comments