Tips bisnes homestay berjaya 140

Dua jadi Satu atau Satu jadi Dua!
Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah lebih hebat dari kita.
Sesuatu yang berlaku kebanyakkan dirancang. Amat jarang berlaku diluar perancangan kita. Apa yang hendak terjadi akan tetapi terjadi dan itu dinamakan suratan takdir.
Baik. Berbalik kepada bisnes homestay sering kali atau kadang- kadang akan berlaku pembatalan tempahan secara tiba-tiba.
Atau mungkin, pembatalan tempahan dari dua malam ke semalam sahaja.
Mungkin daripada semalan ke dua malam. Atau ke beberapa malam.
Who's know!
Apa-apa pun semuanya rezeki!
Jbh sendiri, pernah mengalami semuanya. Ada yang merugikan dan ada juga menguntungkan.
Baru-baru ini pelanggan Jbh terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur. Beliau sekeluarga check in hari Jumaat dan tiba-tiba petang Sabtu telah menghantar wasep mengatakan terpaksa pulang lebih awal. Sepatutnya beliau merancang akan check out pagi Ahad.
Bayaran telah di buat untuk dua malam.
Kes macam ini untung di sebelah owner.
Pada hari Ahad, seorang pelanggan telah daftar masuk dalam jam 1 petang. Merancang untuk menyewa dua malam dan minta diskaun. Jbh beri diskaun seperti yang diminta.
Beliau membayar deposit lebih dari separuh. Semasa check in pengurus tidak available. Merancang buat collection pagi esoknya.
Kenapa?
Kenapa tidak buat colection waktu petang atau malam. Pelanggan jarang di homestay dan sentiasa ada di hospital Kulai.
Kerana menghormati kekangan pelanggan, jadi bersetuju untuk punggut baki pada esok paginya.
Keesokan paginya terima satu wasep dari pelanggan mohon maaf. Terpaksa check out pagi itu kerana pembedahan yang dirancang telah ditunda ke satu tarikh yang lain. Beliau berjanji akan menghubungi semula pada masa hadapan.
Negatif untuk Jbhr tetapi terima dengan hati terbuka.
Banyak lagi kes-kes atau pengalaman lain yang telah di tempuhi.
Semuanya harus ditelan!
Pembatalan last minutes sepert ini tidak perlu pulangkan duit kepada pelangan jka mereka sudah membayar penuh.
Sila take notes.
Akan tetapi jika anda bermurah hati, dipersilakan..
he..he..
Tempoh hari perkara ini telah dibincangkan dalam grup wasep kami. Dua malam jadi semalam. Deposit telah di bayar untuk semalam. Bakinya kemudian.Tiba-tiba batal semalam last minutes.
Kadang-kadang kebanyakkan kita beri kebenaran untuk check in dahulu. Mungkin pelanggan self check in sahaja.
Kita pun ada kekangan untuk standby menunggu pelanggan yang mana masuk tidak menentu masanya. Paling mudah tinggalkan kunci di mana-mana atau dalam peti keselamatan dan nego self check in dengan pelanggan.
Kesannya mungkin akan berlaku perkara yang dibincangkan.
Bagi Jbh redha sahaja. Ianya adalah lebih baik. Untuk berkeras dengan pengurus untuk standby di homestay setiap kali pelanggan check in agak susah dan mustahil.
Waktu pelanggan check in tidak menentu. Beliau pun ada kerja lain!
Kecualilah memang kita melantik seorang pengurus full time.
Bisnes homestay remote dari jauh seperti Jbh memang agak mencabar.
Apa yang Jbh boleh katakan kena banyak bersabar, redha dan sentiasa positif. Kena banyak pikir cara paling mudah operasi.
Bisnes homestay untuk Jbh bukan untuk kaya. Memadai jika dapat langsaikan komitmen bulan pinjaman dan pelbagai bil utiliti.
Ha..ha..
Buat masa sekarang Jbh sedang study untuk memasang camera di homestay. Sekurang-kurangnya dapat lihat pelanggan semasa proses check in dan check out.
Jangan salah faham!
Jbh cuma memasang di bahagian beranda sahaja.
Setakat ini sedang menilai untuk memasang IP kamera yang murah. Resolusi tidak perlu terlalu tinggi. Barang-barang semua telah dibeli dan tunggu sampai sahaja. Medium networking pun telah di sediakan cuma menunggu kamera untuk diuji.
Masih tertanya-tanya samada platform networking itu boleh 'cope' atau tidak.
Hmm..harap-harap berjaya.
Dapat juga perhatikan homestay dari jauh.
Sekian. Wassalam.

Di Petik dari FB Jom Bisnes Homestay


Comments