Tips Bisnes Homestay Berjaya 137


Pengurus Homestay!

Buka facebook dan terbaca satu entri rakan..
" Homestay di Kemaman untuk di jual"

Oleh kerana ingin tahu kenapa, Jbh pm beliau..

Rupa-rupanya beliau perlukan cash money untuk buat rumah baru.

Lagi satu, umur sudah menjangkau 40 tahun dan anak makin membesar. Aku perlukan sedikit simpanan pada tangan. Just in case jika ada emergency ke!
Kalau tidak pun boleh pergi melancong. Lihat tempat orang. Tidak pernah ke negara orang puteh, masa tengah sihat lah sesuai untuk melancong. Rancak sekali beliau balas mesej Jbh.
Jbh masih tidak berpuas hati, lantas tanya soalan lagi tentang tempahan homestay. Pada masa yang sama kongsi status tempahan terkini Homestay Atiqah di Kulai Johor.

Beliau pun membuka cerita.

Rezeki tu ada cuma tidak sampai. Sudah beberapa kali terpaksa passing kepada rakan yang lain sebab pengurus tidak available.
Kadang-kadang tu di kampung. Tengah bekerja pun ada. Homestay masih belum berkemas.

Hmm..

Nak turun back up agak jauh juga.

Macam hari dan weekend ini belum ada tempahan lagi. Tetapi kadang-kadang customer walk in sahaja. Last minutes..
Tetapi rasanya pengurus balik kampung.

Ooooppp, alang-alang dah sentuh bab pengurus ini, aku nak offer pada kau jadi pengurus sementara aku untuk weekend ini. Aku ada hal di Kuala Lumpur. Cuti bersambung ni.

Homestay aku di Kuantan, pelanggan akan check out pada hari Ahad pagi. Mintak tolong house keeping. Mana tahu ada pelanggan sebelah petang tu..hujung minggu ni kan cuti bersambung.
Aku mohon maaf, tidak dapat membantu kerana balik kampung.

Pengurus Jbh tidak balik kampung ke?

Pengurus orang Kulai. Johor hari ahad kerja macam biasa. Jadi beliau tidak ke mana-mana.

Lagi pun, sebelum ini Jbh telah tanya lebih awal perancangan kerja dan peribadi pengurus.
Pemilik dan pengurus mesti kena saling berkomunikasi.

Secara ringkasnya, walaupun kita sendiri yang menguruskan homestay kita, adalah lebih baik kita melantik pengurus part time.

Manalah tahu kita tidak sempat atau ada kecemasan.

Jika kita punya pengurus yang cekap dan komited bersyukurlah.

Kena rajin dan ringankan tangan hulurkan upah yang lebih sedikit jika mendapat rezeki yang lebih.

Setahun sekali, belanja mereka bercuti dan duduk di homestay orang lain.Melihat keadaan homestay orang lain pula. Bercuti sambil belajar. Dua dalam satu. Jbh teringat kata-kata seorang rakan ketika chating di wasep grup.

Dalam bisnes memang banyak onak duri.Kita mesti kental dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan pun.

Seperti mana kata-kata seorang rakan Jbh yang sampai ke puncak gunung Berembun di Dungun, berpuas hati dengan jerih dan keringat yang keluar pabila sampai di puncak boleh lihat panorama indah ciptaan Allah S.W.T.

Samalah juga dalam bisnes, penat lelah rasa berbaloi setelah mendapat hasilnya.

#dontgiveup
#jombisneshomestay
#tipsbisneshomestay
#homestayatiqahkulai

Nukilan Asal : FB Jom Bisnes Homestay


Comments