Tips Bisnes Homestay 130

Cuti Bersambung Datang Lagi!
Bisnes homestay di lokasi bukan tempat peranginan agak sukar untuk ramal tempahan.
Walaupun di hujung minggu, kadang-kadang tiada sebarang tempahan .
Tempahan banyak bergantung kepada events setempat dan rezeki.
Kecuali di musim cuti sekolah atau cuti umum yang bersambung.
Sewaktu itu, permintaan sememangnya agak tinggi.
Jika tempahan perkahwinan, mereka akan booking awal-awal lagi.
Jbh teringat lagi seorang teman bagitahu, ada sekali itu pelanggan telefon dan ingin booking homestay semata-mata ingin makan nasi Kambing 44 Hari.
Jbh pula, pelanggan booking homestay ingin ke JPO!
Tempoh hari otw balik dari Langkawi sanggup singgah makan Nasi Buluh di Perak.
Namun semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah.
Pada bulan April ini, kita akan berdepan dengan 2 kali cuti bersambung.
Pada 24 April cuti umum sempena pertabalan Agong. Pada masa yang sama hari sambutan Israk dan Mikraj.
Di negeri Trengganu, cuti lebih awal iaitu hari sambutan keputeraan Sultan Trengganu pada pada 26 April.
Bersambung pula dengan 1 Mei..memang bersambung-sambung le..
Ambik cuti, sehari dua, dapat cuti seminggu STRAIGHT.
Peh! Bahagianya hidup kalau dapat cuti macam ni.
Orang Trengganu pun mungkin akan bercuti ke tempat anda. Jadi anda semua boleh siap sedia. Ha..ha..
Sebentar tadi, Jbh baru dapat satu panggilan telefon dari orang Teganung kita.
Beliau ingin menempah bermula pada 26 April selama 3 malam.
Tetapi tidak dapat tunaikan hajat beliau kerana telah menerima tempahan pada 27 April dari jiran setaman untuk semalam sahaja. Tempahan sudah di buat seawal bulan lepas.
Beginilah kan bisnes homestay ini, sesiapa yang tempah dahulu kita utamakan walaupun semalam.
Forward pada grup wasep pun kebanyakkan sudah penuh.
Walaupun tidak mendapat STRIKE Jbh tetap bersyukur.
Yakin Allah yang memberi rezeki. Kita tolong orang, insya Allah urusan kita di permudahkan oleh Nya.
Baiklah, permisi dahulu ya teman-teman sekalian. Jbh doakan semoga kita semua SUKSES.

Homestay Atiqah Kulai Johor


Comments