Tips homestay berjaya 29

Search Engine Optimization (SEO)!

Website site sudah siap tetapi masih gagal untuk tersenarai di page pertama carian Google..
Ini adalah masalah yang sering kita hadapi sebagai pengusaha homestay. Berada pada page pertama di carian Google adalah penting kerana peluang untuk mendapatkan customer adalah lebih tinggi.
JBH sebenarnya bukan lah pakar SEO ini, cuma sekadar ingin berkongsi apa yang kami buat selama ini.
Pertamanya,namawebsite.
Amat penting untuk anda memilih nama yang seringkali di gunakan di internet.
Bagaimana untuk mendapat maklumat tersebut?
Ianya amat mudah!
Sebagai contoh, jika anda ingin mencari di Kulaijaya, Johor. Jadi anda cuma perlu menaip 'homestay di Kulaijaya" dan lihat hasil carian tersebut.Berdasarkan senarai carian tersebut anda perlulah memilih satu nama yang sepadan dengan carian tersebut. Contohnya homestaydikulaijaya@blogspot.com atau dengan extension lain selain blogspot seperti .com, .net atau .com.my. Tetapi anda mesti ingat domain-domain tersebut adalah berbayar.
Kedua, setelah anda membuat sebarang 'post' pastikan anda membuat tanging. Lazimnya ianya di panggil meta tag. Sebagai contoh tag seperti Kulaijaya, Homestay, Accomodation dan sebagainya.
Jika anda menggunakan blogspot, agar sukar untuk anda memberikan setiap 'tag' untuk setiap post anda tetapi apa yang boleh anda buat adalah 'setting' di Search Preferences di dashboad blogger anda.
Jika anda menggunakan web hosting dan domain berbayar contohnya .com, ianya amat mudah sekali untuk memberi 'tag'
pada setiap 'post entry' anda.
Ketiga, anda perlu mengundang 'tracfic' ke web site anda! Salah satu cara adalah dengan menulis 'post'. Anda perlu menulis apa sahaja pada permulaannya. Jika sudah terbiasa, anda perlu menulis mengikut 'trending' terkini. Atau pun menulis apa yang selalu orang ramai cari di internet. Sebagai contoh tempat makan yang sedap dan tersohor di daerah lokasi homestay anda.
Sebenarnya anda cuma perlu menjadi sedikit kreatif. Salah satu kaedah menjadi kreatif adalah "C & D".
Apakah "C and D" ini?
"Copy and Develop"
Anda hanya perlu copy idea orang lain dan membuat sedikit modifikasi mengikut kesesuainya anda. Ianya lebih cepat bukan?

Sekian perkongsian pada hari ini. Semoga dapat bermanfaat untuk semua.

Nukilan asal dari https://www.facebook.com/jombisneshomestay/


Comments