Tips Bisnes Homestay Berjaya 121

Google Adwords Vs Fb Ads!
Malam tadi selepas solat isyak di masjid singgah di warung untuk membeli kuew teow goreng.
Take away sahaja!
Sambil menunggu order siap datang seorang brader. Lingkungan umur 30 an.
Dia juga order bungkus!
Ambik kerusi duduk sebelah Jbh. Jbh mengukir senyuman.
Tiba-tiba dia menegur, "bungkus juga ke bang".
Ya, jawab Jbh sepatah.
Dia membuka bicara dengan bertanya duduk lorong mana.
Ice breaking!
Dia memperkenalkan dirinya Man dan tinggal di lorong 8/75.
Orangnya sangat peramah. Kami bersembang dari satu topik ke satu topik.
Tibalah pada topik bisnes. Rupanya dia seorang penjual online.
Menjual online untuk tambah duit poket. Maklumlah zaman sekarang ni barangan makin mahal. Ekonomi pun tidak menentu. Orang rumah pun tidak bekerja. Jadi dia banyak bantu isteri untuk menjual barangan keperluan bayi di internet.
Jbh bertanya, ok ke bisnes online sekarang?
Bisnes sekarang memang mencabar sikit. Kena banyak bersabar. Duit kita pun dah jatuh sekarang. Jadi barang ada mahal sikit.
Oooo...Jbh mendengar dengan tekun. Buat marketing camana Man? Tanya Jbh lagi.

Oh! Ya...saya ada buat blog dan Fan page.
Saya kadang-kadang guna juga Ads berbayar. Nak harapkan secara organik memang lambat lah bang.
Tetapi kita kena set target lah satu hari berapa limit plan. Rm 20 ke atau macamana. Kena tengok juga bila nak buat. Biasanya saya buat iklan bila dekat-dekat nak gaji. Kalau kerajaan biasanya 24 atau 25 setiap bulan. Kalau ada perayaan mungkin awal sikit. Di wasep kadang-kadang dapat info.
Kalau orang swasta biasanya hujung bulan. Ada juga orang kerja kilang yang dapat gaji 2 kali sebulan.
Kita kena pandai untuk target audience.
Iklan di Google camana pulak?
Dulu-dulu pernah buat seawal bina blog. Untuk naikkan kadar trafik ke blog.
Tetapi sekarang ni saya lebih banyak guna FB dan IG. Trend terkini, memang ramai orang guna media sosial.
Oooo...Jbh tersengih-sengih.
Saya ada buat homestay di Kulai, Johor. Pernah juga buat iklan berbayar di FB. Biasa-biasa je kesannya. Giliran Jbh pula mencelah.
Oooo..untuk homestay saya tak ada pengalaman. Cuma pada pandangan saya, jika jual produk memang sesuai guna FB. Sebab jualan menyeluruh. Seluruh malaysia. Semua orang nak guna.
Tetapi homestay ini, menjurus setempat sahaja.Jadi nature nya ada setempat. Bila orang hendak ke situ baru lah mencari. Mungkin mereka cari hari ini untuk pergi bulan depan atau tahun hadapan.
Bukan segera!
Pada pendapat saya, guna Google Adwords lebih sesuai jika abang sanggup invest.
Iklan Google Adwords ni ringkas sahaja. Hadkan 3 baris sahaja.
Padat!
Kena pilih key words yang ringkas dan tepat. Google akan bagi cadangan keywords trending terkini.
Google akan caj pada setiap klik yg di terima. Pay Per Click.
Secara tidak langsung akan naikkkan ranking blog kita di internet. Dia habiskan ayat terakhir.
Tiba-tiba pelayan datang. Sudah siap bang...
Ambik pesanan, terus bayar dan mintak diri dengan bro Man. Terima kasih atas perkongsian.
Berdasarkan pengalaman Jbh, Fb ads kita boleh set targer audience kita mengikut jantina, umur, minat dan lokasi mereka.
Google AdWords pula target audience berdasarkan keywords yang di taip.
Nak tau lagi banyak, boleh tanya Pakcik Gooooogle..

Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk kita semua.

" Semoga hari ini lebih indah"

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari.

Sekian. Wassalam.


Nukilan asal : FB Jom Bisnes Homestay >>>https://www.facebook.com/jombisneshomestay/

Comments