Tips Homestay Berjaya 111


Masam, Masam Manis Bisnes Homestay!
Kebiasaannya kita dengar atau memperkatakan pahit manis atau asam garam bisnes.
Tapi kali ini, JBH guna istilah Masam, masam manis dalam bisnes homestay.
Kenapa?
Setakat ini belum menghadapi lagi yang pahit. Semoga Allah S.W.T menjauhkan yang pahit-pahit ini.
Pahit ni biasanya yang menjadi sejarah hitam...
Masam ni yang macamana pulak ya JBH?
Sebenarnya macam ini. Pada 2 minggu lepas, ada seorang pelanggan telah booking homestay pada 9,10,11 Disember akan datang. Deal sudah cantik. Seperti biasa, tempahan 3 hari keatas, JBH bagi diskaun.
Cumanya deposit belum di bank in lagi. JBH tunggu dengan sabar.
Pada masa yang sama, ada 2,3 orang pelanggan yang bertanya pada tarikh yang sama. JBH menolak dengan baik dan passing kepada rakan-rakan.
Sudah berjanji kan walaupun dia belum bayar deposit lagi.
Lantas, JBH follow up untuk kepastian.
OK. Confirm bang memang nak homestay tu. Petang nanti saya bank in deposit.
Pada keesokkan harinya, terima wasep.
"Minta maaf bang, saya tak jadi ambik homestay abang. Sebenarnya saya tersalah. Saya ingatkan homestay ni di Taman Sri Putri. Saya ingin sewa di situ sebab berdekatan rumah. Sebenarnya saya tersalah dail tempoh hari. Nasib baik semalam abang share lokasi rumah".
Jadi pengajarannya, semasa deal tu pastikan sebut lokasi homestay di mana semasa perbualan.
Pasal deal ni pun kena hati-hati juga terutama berkenaan kadar semalam.
Tempoh hari JBH pun terkena juga, di sebabkan salah faham atau mungkin masalah sebutan atau pendengaran antara JBH dan pelanggan kadar semalam RM 180 menjadi RM 130.
Jadi bila cakap tu biar terang. Ingat pesanan Tan Sri P.Ramlee...(dalam cerite apa dialog ni sudah tak ingat)
Pada hari Ahad lepas, pelanggan check out. Hari esoknya dapat wasep dari pengurus. Singki dapur tersumbat lagi.
Adus....
Seingat JBH sudah acap kali masalah singki tersumbat ini.
Masalah berulang-ulang..
Nampak gayanya kena buat sesuatu bisik JBH.
Jadi kami berdiskusi dalam wasep. Tindakkan-tindakkan yang perlu di buat untuk atasi masalah.
Kenapa tersumbat...?
Sisa-sisa makanan terkumpul di bahagian saluran L shape tu (elbow). Ataupun minyak yang telah menebal melekat di permulakaan saluran dalam PVC.
Sisa-sisa sup ekor barang kali...ha..ha...
Sebagai owner, JBH bagi cadangan untuk menggunakkan :
1. Baking Soda Powder
2. Cukai Vinegar
3. Air Panas
Pengurus jawab " Tak jalan juga".
Sedang berdiskusi, panggilan masuk.
"Atiqah Homestay Ye! Ada kosong lagi pada hari Selasa ni?"
" Masih kosong Tuan." Jawab JBH pendek.
Macacmana nak book ya?
Oh...biasanya saya ambik deposit separuh melalui bank in. Tetapi masa dah suntuk. Untuk mudah tuan bayar semasa check in aje lah.
Ok. Terima Kasih tuan.
Kadang-kadang kita kena mempermudahkan urusan. Jadi dengan cara ini pelangan lebih hargai.
Jadi atau tidak kita tawakkal aje.
Seorang rakan JBH, selama uruskan homestay tidak pernah ambik deposit. Alhamdulillah setakat ini jarang berlaku masalah pelanggan tidak muncul.
Baiklah, sambung balik diskusi dengan pengurus.
Saluran di luar telah di cuci. Tiada masalah di situ. Masalahnya berpunca yang dalam dinding ( saluran ke pembentungan luar).
Pengurus cakap, sisa minyak membeku lebih kurang 3 Meter. Guna besi yang berspring baru berkesan.
Sebenarnya guna apa-apa besi size kecil, keras dan anjal pun boleh.
Masalah selesai!
Di akhir diskusi pengurus bagi cadangan sebulan sekali kena buat 'preventive maintenance' dengan cara flushing singki.
Boleh guna bahan-bahan ini :
1. Baking Soda Powder
2. Cukai Vinegar
3. Air Panas
JBH terus cakap, awesome...brilliant idea...
Pada sebelah malamnya terima satu wasep dari pelanggan esok petang.
" Assalam bang, kalau saya nak sewa 2 malam masih available tak?"
"No problem. Masih available."
"Ok. Terima Kasih bang".
Dan pagi tadi pelanggan itu telah pun check out.
Pengurus sedang house keeping rumah. Cumanya, laporan dari pengurus, putung rokok bersepah-sepah atas lantai. Bau rokok gudang garam semerbak...hu..hu
Uhhhhh...camana nak buat masalah merokok ni ya. Notis peringatan supaya merokok di luar rumah telah di tampal pada dinding tu. Terpampang. Tak kan lah mereka ni tidak pandai membaca kot...
Mungkin kena pasang satu sistem kot...
Seperti Smoke Detector Alarm tu. Tetapi kali ini yang boleh kesan asap dari rokok.
Selepas kesan asap rokok oleh aktifkan penggera. Penggera ini, biarlah yang high pitch sikit. Biar sakit telinggan bila dengar. Tetapi jangan terlalu lama sangat. Nanti rosak pulak telingga pelanggan.
Agak-agak ada ke sistem sebegini yang mudah di pasang dan murah!!!
Walau bagaimana pun, biasalah tu asam garam bisnes.
Alhamdulillah.Masih di kira masalah kecil sahaja tu.
Lantas JBH terus update pengurus jadual terkini tempahan.
"25 November 2 Mlm". Pendek dan padat.
Dari dapur terdengar suara isteri memangil minum petang.
Oh..ada buah Kiwi rupanya...
Wah! sedap rasanya, masam, masam manis...
Ha..ha..
Wassalam

Di Petik dari FB Jom Bisnes Homestay

Comments