Sunday, May 21, 2017

Tips Bisnes Homestay Berjaya 142

Page Corot!
Bisnes homestay, promosi sememangnya penting.
Medium paling senang dan mudah adalah melalui blogspot google.
Kedua, fan page facebook.
Boleh juga guna medium yang lain-lain seperti web hosting berbayar dengan url .com atau .com.my atau .net atau .org.
Jbh ada langgan web hosting berbayar dengan harga Rm 80 setahun.
Malangnya tidak berapa aktif sangat.
Jadi susah untuk tersenarai di page pertama google.
Promosi dan iklan percuma juga di tawarkan oleh web yang lain. Anda perlu berdaftar sebagai host.
Terus terang Jbh tidak berdaftar dan guna khidmat mereka.
Homestay di KulaiJika buat blogspot, dalam tempoh setahun memang susah untuk tersenarai di page pertama.
Jika blog anda pasif akan melambatkan lagi proses untuk tersenarai di page utama.
Dengan kata lain, anda akan berada di belakang2 atau page corot.
Page corot ni, ada juga kelebihan. Seorang rakan pernah kongsi pengalaman beliau.
Beliau ada homestay tetapi kurang aktif atau promote. Kalau ada, ada lah.
Beliau pernah bertanya pada pelanggan, bagaimana dapat contact saya?
Dari blog tuan tetapi page belakang-belakang. Saya ni cari homestay last minutes, jadi memang sengaja cari di page belakang. Jika page utama, jangan harap untuk dapat homestay terutama waktu puncak.
Tu dia, maklum balas dari pelanggan.
Jangan tidak percaya. Tuan/Puan boleh cuba test jika terdesak.
Sekian. Wassalam.

Tuesday, May 16, 2017

Tips bisnes homestay berjaya 140

Dua jadi Satu atau Satu jadi Dua!
Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah lebih hebat dari kita.
Sesuatu yang berlaku kebanyakkan dirancang. Amat jarang berlaku diluar perancangan kita. Apa yang hendak terjadi akan tetapi terjadi dan itu dinamakan suratan takdir.
Baik. Berbalik kepada bisnes homestay sering kali atau kadang- kadang akan berlaku pembatalan tempahan secara tiba-tiba.
Atau mungkin, pembatalan tempahan dari dua malam ke semalam sahaja.
Mungkin daripada semalan ke dua malam. Atau ke beberapa malam.
Who's know!
Apa-apa pun semuanya rezeki!
Jbh sendiri, pernah mengalami semuanya. Ada yang merugikan dan ada juga menguntungkan.
Baru-baru ini pelanggan Jbh terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur. Beliau sekeluarga check in hari Jumaat dan tiba-tiba petang Sabtu telah menghantar wasep mengatakan terpaksa pulang lebih awal. Sepatutnya beliau merancang akan check out pagi Ahad.
Bayaran telah di buat untuk dua malam.
Kes macam ini untung di sebelah owner.
Pada hari Ahad, seorang pelanggan telah daftar masuk dalam jam 1 petang. Merancang untuk menyewa dua malam dan minta diskaun. Jbh beri diskaun seperti yang diminta.
Beliau membayar deposit lebih dari separuh. Semasa check in pengurus tidak available. Merancang buat collection pagi esoknya.
Kenapa?
Kenapa tidak buat colection waktu petang atau malam. Pelanggan jarang di homestay dan sentiasa ada di hospital Kulai.
Kerana menghormati kekangan pelanggan, jadi bersetuju untuk punggut baki pada esok paginya.
Keesokan paginya terima satu wasep dari pelanggan mohon maaf. Terpaksa check out pagi itu kerana pembedahan yang dirancang telah ditunda ke satu tarikh yang lain. Beliau berjanji akan menghubungi semula pada masa hadapan.
Negatif untuk Jbhr tetapi terima dengan hati terbuka.
Banyak lagi kes-kes atau pengalaman lain yang telah di tempuhi.
Semuanya harus ditelan!
Pembatalan last minutes sepert ini tidak perlu pulangkan duit kepada pelangan jka mereka sudah membayar penuh.
Sila take notes.
Akan tetapi jika anda bermurah hati, dipersilakan..
he..he..
Tempoh hari perkara ini telah dibincangkan dalam grup wasep kami. Dua malam jadi semalam. Deposit telah di bayar untuk semalam. Bakinya kemudian.Tiba-tiba batal semalam last minutes.
Kadang-kadang kebanyakkan kita beri kebenaran untuk check in dahulu. Mungkin pelanggan self check in sahaja.
Kita pun ada kekangan untuk standby menunggu pelanggan yang mana masuk tidak menentu masanya. Paling mudah tinggalkan kunci di mana-mana atau dalam peti keselamatan dan nego self check in dengan pelanggan.
Kesannya mungkin akan berlaku perkara yang dibincangkan.
Bagi Jbh redha sahaja. Ianya adalah lebih baik. Untuk berkeras dengan pengurus untuk standby di homestay setiap kali pelanggan check in agak susah dan mustahil.
Waktu pelanggan check in tidak menentu. Beliau pun ada kerja lain!
Kecualilah memang kita melantik seorang pengurus full time.
Bisnes homestay remote dari jauh seperti Jbh memang agak mencabar.
Apa yang Jbh boleh katakan kena banyak bersabar, redha dan sentiasa positif. Kena banyak pikir cara paling mudah operasi.
Bisnes homestay untuk Jbh bukan untuk kaya. Memadai jika dapat langsaikan komitmen bulan pinjaman dan pelbagai bil utiliti.
Ha..ha..
Buat masa sekarang Jbh sedang study untuk memasang camera di homestay. Sekurang-kurangnya dapat lihat pelanggan semasa proses check in dan check out.
Jangan salah faham!
Jbh cuma memasang di bahagian beranda sahaja.
Setakat ini sedang menilai untuk memasang IP kamera yang murah. Resolusi tidak perlu terlalu tinggi. Barang-barang semua telah dibeli dan tunggu sampai sahaja. Medium networking pun telah di sediakan cuma menunggu kamera untuk diuji.
Masih tertanya-tanya samada platform networking itu boleh 'cope' atau tidak.
Hmm..harap-harap berjaya.
Dapat juga perhatikan homestay dari jauh.
Sekian. Wassalam.

Di Petik dari FB Jom Bisnes Homestay


Monday, May 8, 2017

Tips homestay berjaya 138

Sewa Siang Hari!
Kelebihan homestay berbanding dengan hotel adalah bebas rundingan.
Maksudnya homestay tidak terikat dengan peraturan yang tetap.Contohnya pelanggan boleh masuk bila-bila masa sahaja jika homestay available dan owner sanggup menyewakannya.
Seorang rakan pernah mengambil sewaan dari seorang pelanggan yang menyewa siang hari sahaja. Menumpang tidur sebelum naik chopper ke pelantar minyak.
Seorang rakan lagi mengambil tempahan separuh hari sahaja kerana mereka menumpang untuk berehat dan mandi manda. Mereka baru balik dari menziarahi rakan naik pelamin.
Caj yang di kenakan Rm 50 untuk 4 jam.
Jbh setakat ini tidak pernah mengambil tempahan sebegitu tetapi pernah menerima pertanyaan yang sebegini.
Bagi Jbh memang tidak keberatan untuk mengambilnya jika di hari-hari biasa iaitu Isnin hingga Khamis.
Hujung minggu agak sukar sedikit.
Buat pelanggan, kena juga memahami. Lazimnya hujung minggu adalah hari puncak kami. Pendapatan adalah dihujung minggu. Di tengah minggu adalah bonus bagi kami.
Jadi jika ingin menyewa dari seawal jam 7 pagi dan sehingga jam 12 malam tidak usahlah tawar menawar lagi. Bayarlah mengikut harga semalaman. Janganlah buat kiraan mengikut jam.
Kenapa?
Ingin Jbh jelaskan, jika kes sebegini kami tidak bisa untuk mengambil tempahan hari Jumaat malam dan hari Sabtu Malam. Kebanyakkan pelanggan akan check in dari jam 2/3 ptg dan check out jam 12 tengah hari.
Jika ambil tempahan siang sahaja dan menggunakan kadar rm 10 sejam bermakna pendapatan hujung minggu tersebut hanya Rm 120 sahaja.
Kami terpaksa menolak 2 malam dan jika kadar semalam Rm 200 jadi bererti akan kerugian sebanyak Rm 280.
Oleh itu jika kita ingin win-win, tidak perlulah minta harga mengikut jam atau diskaun. Bayarlah mengikut kadar semalam.
Boleh faham kan, kadang kala kita sebagai pelanggan jangan fikir untung kita sahaja, sama-sama lah kita membantu.
Jbh teringat peristiwa minggu lepas, hujung minggu hari Sabtu. Menghadiri jemputan perkahwinan seorang rakan setaman di Cenderawasih. Beliau menyewa satu homestay sebagai tempat bersanggar.
Tidak kesah sedikit pun beliau membayar harga kadar biasa.
Mungkin amat memahami tentang bisnes homestay ini.
Petang sudah check out..
Hmm...
Baik. Kat mana kita tadi..
Kalau nak mudah jika ada pertanyaan sebegini cakap aje sudah ' FULL'.
Ha..ha..
Tetapi kita ni kan mudah kesian pada orang, ingin juga tolong..
Cuma kita harap biarlah Win-Win.
Kenapa eh..parking di East Coast Mall penuh semua ni..
Aduhai..

Nukilan asal oleh FB Jom Bisnes Homestay


Sunday, May 7, 2017

Tips Bisnes Homestay Berjaya 137


Pengurus Homestay!

Buka facebook dan terbaca satu entri rakan..
" Homestay di Kemaman untuk di jual"

Oleh kerana ingin tahu kenapa, Jbh pm beliau..

Rupa-rupanya beliau perlukan cash money untuk buat rumah baru.

Lagi satu, umur sudah menjangkau 40 tahun dan anak makin membesar. Aku perlukan sedikit simpanan pada tangan. Just in case jika ada emergency ke!
Kalau tidak pun boleh pergi melancong. Lihat tempat orang. Tidak pernah ke negara orang puteh, masa tengah sihat lah sesuai untuk melancong. Rancak sekali beliau balas mesej Jbh.
Jbh masih tidak berpuas hati, lantas tanya soalan lagi tentang tempahan homestay. Pada masa yang sama kongsi status tempahan terkini Homestay Atiqah di Kulai Johor.

Beliau pun membuka cerita.

Rezeki tu ada cuma tidak sampai. Sudah beberapa kali terpaksa passing kepada rakan yang lain sebab pengurus tidak available.
Kadang-kadang tu di kampung. Tengah bekerja pun ada. Homestay masih belum berkemas.

Hmm..

Nak turun back up agak jauh juga.

Macam hari dan weekend ini belum ada tempahan lagi. Tetapi kadang-kadang customer walk in sahaja. Last minutes..
Tetapi rasanya pengurus balik kampung.

Ooooppp, alang-alang dah sentuh bab pengurus ini, aku nak offer pada kau jadi pengurus sementara aku untuk weekend ini. Aku ada hal di Kuala Lumpur. Cuti bersambung ni.

Homestay aku di Kuantan, pelanggan akan check out pada hari Ahad pagi. Mintak tolong house keeping. Mana tahu ada pelanggan sebelah petang tu..hujung minggu ni kan cuti bersambung.
Aku mohon maaf, tidak dapat membantu kerana balik kampung.

Pengurus Jbh tidak balik kampung ke?

Pengurus orang Kulai. Johor hari ahad kerja macam biasa. Jadi beliau tidak ke mana-mana.

Lagi pun, sebelum ini Jbh telah tanya lebih awal perancangan kerja dan peribadi pengurus.
Pemilik dan pengurus mesti kena saling berkomunikasi.

Secara ringkasnya, walaupun kita sendiri yang menguruskan homestay kita, adalah lebih baik kita melantik pengurus part time.

Manalah tahu kita tidak sempat atau ada kecemasan.

Jika kita punya pengurus yang cekap dan komited bersyukurlah.

Kena rajin dan ringankan tangan hulurkan upah yang lebih sedikit jika mendapat rezeki yang lebih.

Setahun sekali, belanja mereka bercuti dan duduk di homestay orang lain.Melihat keadaan homestay orang lain pula. Bercuti sambil belajar. Dua dalam satu. Jbh teringat kata-kata seorang rakan ketika chating di wasep grup.

Dalam bisnes memang banyak onak duri.Kita mesti kental dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan pun.

Seperti mana kata-kata seorang rakan Jbh yang sampai ke puncak gunung Berembun di Dungun, berpuas hati dengan jerih dan keringat yang keluar pabila sampai di puncak boleh lihat panorama indah ciptaan Allah S.W.T.

Samalah juga dalam bisnes, penat lelah rasa berbaloi setelah mendapat hasilnya.

#dontgiveup
#jombisneshomestay
#tipsbisneshomestay
#homestayatiqahkulai

Nukilan Asal : FB Jom Bisnes Homestay


Thursday, April 27, 2017

Tips Homestay Berjaya 132

Homestay Vs Rumah Sewa!
Pada pagi ni menemani isteri ke klinik. Tengah tunggu nombor giliran, isteri berkata..
Bang cuba lihat wanita cina tu!
Mana?
Tuu..yang pakai kain pelikat tu...
Oooo..yang itu..kenapa?
Selamba je..Patutnya pakai kain batik.
Ala..apa salahnya..janji pakai kain.
Baik. Berbalik kepada tajuk, semalam Jbh telah menghadiri seminar miliki rumah sewa banyak. Penceramah adalah seorang blogger hartanah iaitu Cik Puan Rohaniah.
Seorang peserta telah mengajukan soalan ini..
Yang mana lebih baik..buat homestay atau rumah sewa?
Hmmm..penceramah adalah pakar hartanah..beliau adalah REN.
Real Estates Negotiator.
Jual beli rumah memang expert. Mencari penyewa pun memang kepakaran beliau.
Bab homestay memang beliau kurang arif tetapi menurut formula sifu homestay beliau..
Jika pendapatan 4 hari sewaan homestay dalam sebulan boleh cover monthly installment, go ahead..
Boleh buat homestay. Baki 4 hari lagi adalah untuk bayar upah house keeping dan bayaran utiliti.
Jika tidak boleh cover, lebih baik buat rumah sewa.
Lantas ada satu soalan lagi muncul..
Jika harga pasaran semasa sewaan paras bawah monthly installment macamana pula. Maklumlah harga rumah sekarang kan mahal. Kos mencanak naik. Tidak pernah turun.
Oooo, kalau gitu boleh tambah perabot untuk naikkan harga sewaan. Boleh guna pakai term semi furnish atau full furnish.
Pokok pangkalnya, pada pendapat JBH lokasi rumah kita itu yang penting. Kalau kena lokasinya memang tiada masalah untuk buat homestay atau rumah sewa.
Cumanya, rumah sewa kerja promosi sekali sekala sahaja. Homestay perlukan promosi yang berterusan.
Pendapatan pula flexible. Jika rumah sewa pendapatan tetap.
Risiko agak tinggi untuk homestay. Tetapi dalam bisnes ini, high risk, high return.
Tepuk dada, tanya akal lah...
He..he...
Abang, Abang...tengok tu...
Apa...?
Comenya baby, cina yang pakai kain pelekat tadi...
Sambil menunding jari kepada wanita kain pelekat yang sedang mendukung baby.



Friday, April 7, 2017

Tips Bisnes Homestay 130

Cuti Bersambung Datang Lagi!
Bisnes homestay di lokasi bukan tempat peranginan agak sukar untuk ramal tempahan.
Walaupun di hujung minggu, kadang-kadang tiada sebarang tempahan .
Tempahan banyak bergantung kepada events setempat dan rezeki.
Kecuali di musim cuti sekolah atau cuti umum yang bersambung.
Sewaktu itu, permintaan sememangnya agak tinggi.
Jika tempahan perkahwinan, mereka akan booking awal-awal lagi.
Jbh teringat lagi seorang teman bagitahu, ada sekali itu pelanggan telefon dan ingin booking homestay semata-mata ingin makan nasi Kambing 44 Hari.
Jbh pula, pelanggan booking homestay ingin ke JPO!
Tempoh hari otw balik dari Langkawi sanggup singgah makan Nasi Buluh di Perak.
Namun semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah.
Pada bulan April ini, kita akan berdepan dengan 2 kali cuti bersambung.
Pada 24 April cuti umum sempena pertabalan Agong. Pada masa yang sama hari sambutan Israk dan Mikraj.
Di negeri Trengganu, cuti lebih awal iaitu hari sambutan keputeraan Sultan Trengganu pada pada 26 April.
Bersambung pula dengan 1 Mei..memang bersambung-sambung le..
Ambik cuti, sehari dua, dapat cuti seminggu STRAIGHT.
Peh! Bahagianya hidup kalau dapat cuti macam ni.
Orang Trengganu pun mungkin akan bercuti ke tempat anda. Jadi anda semua boleh siap sedia. Ha..ha..
Sebentar tadi, Jbh baru dapat satu panggilan telefon dari orang Teganung kita.
Beliau ingin menempah bermula pada 26 April selama 3 malam.
Tetapi tidak dapat tunaikan hajat beliau kerana telah menerima tempahan pada 27 April dari jiran setaman untuk semalam sahaja. Tempahan sudah di buat seawal bulan lepas.
Beginilah kan bisnes homestay ini, sesiapa yang tempah dahulu kita utamakan walaupun semalam.
Forward pada grup wasep pun kebanyakkan sudah penuh.
Walaupun tidak mendapat STRIKE Jbh tetap bersyukur.
Yakin Allah yang memberi rezeki. Kita tolong orang, insya Allah urusan kita di permudahkan oleh Nya.
Baiklah, permisi dahulu ya teman-teman sekalian. Jbh doakan semoga kita semua SUKSES.

Homestay Atiqah Kulai Johor


Tuesday, February 28, 2017

Tips Homestay Berjaya 126


Sabun Mandi!
Tengah-tengah  bercerita pasal masalah gangguan air di taman Bandar Putra dengan pengurus..
dia mencelah...
"Akmal, sabun mandi kecil dah tinggal 4 buku aje lagi"

"Oooooo..ok..."

Tapi kan..kalau nak beli, boleh beli brand lain tak..yang ni kurang buih lah...
Tambah beliau lagi...

Ok. Nanti saya plan.

Ok lah..apa-apa hal saya update balik.

Sebenarnya bab sabun mandi ini, kalau kita sediakan yang jenis saiz biasa tu buihnya memang banyak. Tetapi bagi Jbh macam tidak sesuai sangat.

Sabun jenis tu mudah lembik. Jika letak dalam bekas sabun, 'berlendir-lendir'. Dan jika menitik di lantai bili air memang nampak kotor..

Jenis dispenser ok juga tetapi jangan beli yang bekas besi. Lama kelamaan bila picit keluar karat.
Bekas plastik sesuai digunakan.
Tidak berkarat.

Di Aeon Kulai ada dijual..
Peh jauhnya nak ke sana..

Gurau aje ni, di mana-mana pun ada di jual.

Tetapi nak pasang casing sabun kena tebuk dinding dahulu.

Bilik air berdinding tiles, susah lah sikit.

Satu lagi pilihan, beli sabun jenis picit yg berbotol.

Cret..cret...

Seorang rakan cadangkan beli yang pemicit dari atas. Tahan lama kata beliau.

Ok. Boleh take note info beliau ini.

Jadi apa keputusan Jbh?

Rasanya hendak bertukar angin guna yang picit cret, cret itu..

Cuma yang jadi tanda tanya?

Tidak kena kebas ke?

#homestayatiqahkulai
#jombisneshomestay
#tipsbisneshomestay